Saturday 5 November 2016

Kenal tentang dia dahulu yang kelam, dia kenal kita sekarang yang legam

Assalamualaikum.

Dark side.
If everybody has, bagaimana rupa hati kita? Penerimaan orang sekeliling macam mana?

Stay.
Leave.

Entah. Sisi gelap kita ni ada dinampakkan Tuhan bagi sesetangah orang. Antara terima atau tidak, kita tengok yang mana boleh tahan bila kita cetek, bila kita kurang mana-mana. Tak semua boleh bertahan. Asalnya kejadian semua indah, bila Tuhan tunjuk kita ni hambaNya yang bernoda, dan menampakkan kepada sesetangah manusia. It's hard to accept , ramai yang tak boleh terima.Katanya nak yang elok.

Kita pernah dengar kisah atau lihat sendiri buruknya seeeorang tika jahiliah then menjadi seseorang yang sangat cun pada masa kini. Dan kita masih di takat, ditakuk lama. Shameful man! Dulu dialah kita pandang serong, tapi dia melangkah jauh kedepan.

Then, she's / he's / they're inilah yang masih stay dengan kita yang masih kurang, masih jahil ni. Tahu dosa, tapi buat jugak. Then, aku nasihatkan jangan lari dari orang ini. Stay. Dia paham kita. Dia juga begitu dulu.

Aku rasa orang-orang macam ni tahu macam mana struggle nak jadi baik tu bukan senang.

Ada sebab Allah sampai dia kepada kita.

Sebabnya satu, tiada yang lain, Allah Maha Pengampun.



Friday 12 August 2016

Haipp takkan nak berundur sebelum berjuang?

Assalamualaikum.

"Ting..ting.."

Masa isyak tadi, chat FB aku pop-up.Aku bukak. Chat Nurul Husna Bte Chik. Dia hantar gambar satu. Kabur. Tak sure aku yang rabun ke cam ne? Kalau rabun boleh la pakai spek cam Syikin ye dak? Syikin tu member klinik.

"No 3 tu seram"

Aku balas, "tak nampak.English ke?"

----------
Husna, maksud nama dia baik. Memang sahabat baik since bila aku pun tak pasti. Tahu-tahu dah rapat. Tahu-tahu dah kena hujan sesama, satu dorm masa tournament bola tampar, makan soto sesama kat rumah Cikgu Faridah, tahu-tahu pernah tido satu khemah dekat Pulau Kapas, snorkelling sesama.

Tahu-tahu, satu team pengawas, tahu-tahu dia ni gila microphone (upssss) tahu-tahu suka sangat lepak masuk lam kelas masa form 5, tahu-tahu dia ada kat tepi masa PMR, siap suruh tiru lagi paper Sejarah.Kantoi ! Ahahaha.

Tahu-tahu yang tak lama lagi, dia ni sahabat dunia akhirat da nak bawak diri jauh ke Selangor. Eleh ngada je! Bukan jauh sangat. Cuma, sapa lagi nak tolong bawak Jie pergi KFC, MarryBrown?

Sapa lagi nak ajak Jie gemukkan badan? Tolong jadi fotografer tepi ladang lembu? Siapa lagi? Jie rindulah kat driver moto sorang ni. Siapa lagi Jie nak bebelkan. Awak je yang tahan telinga kalau Jie marah awak kalau takboh makan ubat!

eeeeeeeee.Degil!

Budak ni budak kuat semangat dan azam dia. Aku sangat kagum.Kalau korang nak tahu, dia suka bawak beg berat. Buat nota sejarah panjang-panjang.MasyaaAllah aku sendiri tak larat nak bawak. Punyaaa kuat iltizam nak belajar.

Rajin.

Tu aku kagum.Kadang aku nampak usaha dia melebihi usaha aku, aku tak pernah failed cakap dalam hati " Pasti ada kejayaan untuk awak Husna, Allah tangguhkan dulu." Aku memang yakin Husna akan capai apa dia nak. Cuma dia perlu bersabar. Dan dia sangat bersabar.

"Jie,Alhamdulillah saya dapat UKM"

UKM, universiti 5 terbaik Malaysia. Aku punya terharu Allah je tahu. Aku takleh nak gambarkan macam mama aku punya excited macam aku yang dapat masuk. Ni lah orang cakap cinta yang sebenarkan? Kau pe tahu. Haaa. Gembira atas kegembiraan orang lain tu kebahagiaan.Itulah sayang sebenarnya.

Gambar yang Husna hantar kat aku tadi tu gambar subjek-subjek yang dia kena belajar sepanjang sem 1 kat UKM. Aku tak nampak subjek-subjek tu, tapi aku boleh teka, tentu subjek English! Eh aku kawan baik dia kot. Takkan tak tahu member sendiri takut dengan apa selain takut ngan lembu kan? Okay .Riak la pulak.

Aku malas nak pujuk dia mula-mula.Dia dah nak start buat bad thinking.Nak marah kang tak sampai hati anak orang. Aku bagi satu ayat je. Padu tak padu aku tak tahu

"Haipp takkan nak berundur sebelum berjuang?"

Aku nak tengok je dia balas apa.

"Takkan berundur"

-----------------

Fear. Ketakutan. Dalam cerita Lights Out, Martin ada cakap

"The strongest things we can do is facing the fears"

Atasi rasa takut, atasi rasa gementar. Sebab aku dulu tak pandai nak kawal benda cam ni lah aku quit banyak tempat belajar. Sebab aku tak boleh nak hadap rasa takut. Takut dengan bayang-bayang sendiri. Takut untuk berdiri atas kaki sendiri.Takut takda orang tolong.Padahal Husna, Allah tu sebaik-sebaik Penolong.

Saja je Jie guna reverse psychology, nak tengok awak cam ne.Tapi Jie yakin, you can overcome all your fears in UKM soon.Just dont overthinking sangat okay? Awak kuat . Jie kenal awak sekolah rendah sampai awak form 6, usaha awak banyak. Terlalu kuat berusaha.

Awak nangis
awak sedih
awak frust
awak down

awak tak pernah lupa Tuhan awak,Tuhan kita semua

ALLAH S.W.T.

Masa tu jie jauh, whatsApp je penghubung kita, Jie dok dapat nak pegang awak,peluk awak kuat-kuat(walaupun awak geli peluk-peluk cium-cium ni) and bagi semangat yang awak ni Allah akan bagi hadiah yang paling manis yang awak tak pernah rasa.

Awak, Husna.
Jangan lupa saya. Takpe kita tak contact sokmo-sokmo pun kan, janji awak sentiasa doakan sesama. Nanti awak student, saya paham awak busy. Tapi sekali sekala saya whatsApp bagi gambar saya, pujilah cantik hahahahahahaha Student UKM bohhhh pah ni.

Dah, jangan nangis jangan terharu dengan penulisan saya ni. Saya kembali menulis ni sebab awak tau.Nanti rindu-rindu, jenguk la ke sini. Ingat, be strong. Tak paham pape, tanya lecturer okay. Buat baik ngan semua. Tapi pandai-pandai pilih kawan tu. Jangan mudah percayakan orang ye.

InsyaaAllah Husna gonna be fine there in Bangi!

With love cinta kasih sayang,
NUR NAJIHAH BINTI ABDUL MALEK
Ceo Persatuan Hati-Hati Jiwang





Monday 29 June 2015

Ke Penang Lagi Ke Kita?

Salam Alaik. Sollu Alan Nabiy. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Waala Ali Muhammad

Masa depan kita tak pernah nampak. Betul? Sebagai hambaNya setiap dari kita hanya mampu untuk merancang.

Bagi aku, teruslah merancang dan berangan lalu gerakkan langkah. Berangan bukan satu kesalahan. Duduk sesaja dan berangan tu salah. Jangan pernah berhenti untuk me'realiti'kan sebuah angan. Jika dirasa baik, teruskan.

Maybe perjalanan ini menuntut pengorbanan. Baik fizikal mental mahupun kadang-kadang mampu menggoyahkan iman. Selagi mana jalanNya 'inginku menuju Rabb', insyaaAllah Allah permudah. Polish sentiasa niat kita. Reset sentiasa apa tujuan kita. Kembali kepada kata putus yang dulu kita bina.

Contoh: Aku niatkan pekerjaan ini kerana Allah dan membantu ibu bapaku.

Selagi mana kita teguh dan berpatah balik memori tentang niat yang satu-satunya ini. Jangan pernah membenarkan hati mencurangi niat dengan 1001 cabang niat yang lain.Cukup satu.Kita setia. Tetaplah teguh dengan apa yang dirancang dan diangan.

Ya. Tuhan menentukan. Acapkali dengar bukan? Tapi jangan pernah menyerahkan takdir tanpa sedikit usaha dan kecekalan. Percayalah dengan semua ini berlaku dengan hikmah. Ya belum nampak. Tapi insyaaAllah akan nampak.

Berprasangka baik dengan aturanNya. Ingat! Allah mengikuti sangkaan hambaNya. Jangan cuba memburuk-buruk diri sendiri dan perancangan Allah. Be postive dear.

insyaaAllah hari ni bermula episod terbaru hijrahku. Bantulah hambaMu ini ya Allah.

p/s: Apa yang ditulis di sini hanya untuk diri sendiri dan teman-teman.Andai ada langkah silap diatur, aku akan kembali ke sini.

Thursday 25 June 2015

Kawan Lelaki

Assalamualaikum hai.

I am open but I am not supporting Kapel kapal kepal ni. Susah nak cakap zaman sekarang. Yang hafiz juga bercinta. Yang berada di pondok juga bercinta. Aku tak maksudkan nak cakap orang beragama / alim pun bercinta jom ah bercinta jugak! No. Bercinta/tak pilihan masing-masing. Bercinta dan bercouple juga define dia berbeza. Tak salah jika kita ikut skema Allah dan Rasul.
Jaga hati.
Kalau banyak jalan buruk yang kau pilih.Tinggalkan
Kalau benar mampu menjaga batas dan syariat. Teruskan.
Tapi aku tak memilih mana-mana. Hati manusia ini berbolak balik. Kalau hari ni aku cakap kat sini macam ni, masa depan boleh merubah. Ikut fatwa dan takwa hati. Aku sarankan list kan jika bercinta, apa yang kau buat. Listkan mana yang terbaik.
--Kalau call setiap malam tu adalah priority sampai mengganggu gerak kerja, adakah boleh manage kerja itu sampai ke penghujungnya?

--Kalau lambat balas mesej itu satu isu yang perlu diperbesar-besarkan.
apa mampu nak hadapi masalah lagi besar dari itu?
--Kalau  ..
Anda ,saya perlu berfikir.Sebab tu saya kata, list bad and good dia. Saya, mambawa diri sendiri susah , rasa sesak, nak bercinta satu tanggungjawab besar.
Bila saya bersedia. Saya juga akan bercinta. Bagaimana dan apa situasi untuk bercinta? Saya tak mahu berpanjangan angan-angan. Allah tahu. Saya mahu kesederhanaan.
Ramadhan Love,
Jie

Wednesday 10 June 2015

Ini cerita 30 juzuk

Dah lama aku tak update kat sini. Hai Assalamualaikum. Long time no see. haha. Sebelum tu nak ucap tahniah dekat Juara Pelamin Fantasia sebab hang la Syawal and Fiqa aku duk ulang yang sama ja kat astro. Nangis tau kita tengok deeeranng ni :(

Perenggan pertama means bajet. Bajet Juara PF baca.

Okay. Cerita pasal Al-Quran. Da tak lama lagi kan akan masuk bulan Ramadhan. And insyaaAllah masa bulan ni jugak ramai yang akan bertadarus dan khatam Al-Quran. Dan tetiba teringat kat sekolah. Time bulan puasa ni lah aku suka mencipta alasan nak masuk kelas lambat . Biasa rehat 20 minit. Tapi bulan puasa jadi 30 minit sebab malaih cheq nak masuk kelas belaja. Penat la. Ngantuk lagi. Cikgu tanya katalah tadarus Al-Quran. Cikgu takleh cakap apalah. haahaa. Rindu sekolah.

Aku mula-mula tahu al-Quran ni melalui mukaddam dulu.Aku pernah menangis gak kena rotan sebab otak aku lambat sangat nak pick up Alif Ba Ta. Masa tu cikgu Noraini yang ajar aku mukaddam. Asal balik rumah lepas ngaji mesti stress sebab kena marah. Kadang-kadang stress sebab abang aku selalu tinggal aku kat belakang.Gelap tahu kawasan rumah tu. Aku masa tu umur 5/6 tahun. And klimaks dia aku memberontak and nangis sebab tak nak mengaji ngan cikgu Noraini . Ma pon tuka aku mengaji ngan Mok Cik Joh. Jiran tok

Mok Cik jah tak marah-marah tapi muka haruslah ketat. Aku okay je sampai darjah enam. Dengan MCJ (nah singkatan) dia tak ajar mukaddam. Dia ajar iqra'. Sampai iqra' 6 aku habis baca. Then masuk Quran besar masa darjah 2.
Alhamdulillah khatam masa darjah 6. Yang nak jadikan cerita, lepas khatam darjah 6 aku serta merta tinggalkan Al-Quran. Baru khatam sekali dah berlagak! 2 tahun aku tinggalkan Quran. Dan bila aku rasa nak start balik baca. Lidah aku kelu sangat-sangat.

Sampai gagap dan ma aku tegur kenapa tak lancar macam biasa. Ya Rabbi masa tu lah aku mula nak baca and renew balik apa yang dah diajar. Memang stress bila gagap baca Quran and sampai satu tahap aku give up and tak baca untuk beberapa minggu sebab tak pandai nak sebut bacaan. Last-last ma tanya tok dan start balik baca sampai ke hari ini. Tak miss untuk jarak masa yang terlalu lama. Alhamdulillah.

Perubahan bila kau start balik baca al-quran yang aku perasanlah kat diri aku.

1. tak mencarut. I mean tak panggil orang dengan perkataan bodo,natang ,beruk, vavi. Tapi kekadang terlepas untuk beberapa perkataan macam bengong.

2.Soften your heart.

3. Rezeki dipermudahkan. Alhamdulillah

First aku belek tafsir masa umur 12tahun. Dan first surah yang aku tengok terjemahan ialah surah Yusuf. Best surah Yusuf.Macam story telling.Then lepas tu tak belek sangat dan masa form 4 berjinak-jinak beli al-quran tafsir warna pink dekat internet. Dan aku mula belek tafsir masa bulan ramadhan tahun 2012.

Yang best pasal tafsir, bila kita baca Al-Quran kita akan nak tahu apa kita baca kan. So kalau ada kekusutan masa tu stress ke , bila belek tafsir ada ja ayat-ayat Allah yang buat kita rasa melting dan memujuk kita supaya bersabar. Ayat al-Quran yang selalu menjadi motivasi aku bila aku dalam kesusahan ialah surah Al-Baqarah ayat 153 *belek tafsir anda*

Itu aja yang aku boleh kongsi. First, kau gagap ke tak lancar ke pandai sangat ke, al-Quran jangan tinggal. Jangan tinggal dalam waktu yang lama. Pastikan sehari bacalah beberapa ayat atau beberapa muka surat. Akan ada perubahan kelak.

Tata :)

Saturday 2 May 2015

Orang

Assalamualaikum

Dalam dunia ni yang hadir dan datang tak ramai pun. Adapun yang pergi tinggalkan sejarah adapun yang akan datang memberi mainan soal jiwa. Itu satupun aku tidak hairan.

Terima kasih untuk yang pernah hadir. Kerana kalian baik-baik semua. Syukran.


Candat Sotong


Assalamualaikum

Yaaaay. Semalam aku pergi tengok orang candat sotong. Nak cakap aku candat sotong tu macam tipu sebab masa aku candat tu sotong tak mai pon. Maka bercanda aku sorang diri mereput tunggu sotong mai tapi tak mai. Dah puas tahan nguap, aku g tido. 

Yang paling amazing aku baru tau yang sotong kulitnya akan bertukar bila dia nak mati. Dalam laut warnanya lutsinar macam plastik. Aku tengok macam mana dia bertukar timbul bintik-bintik ungu woooww tak reti aku nak describe guna ayat.

Aku bertolak dalam 6:30petang. So sampai tengah laut dalam waktu maghrib. Sempat la tengok langit senja . Lawa subhanallah. 


Aku start tido dalam pukul 10 sebab masa tu bosan .Takdop orang nak borak.Kak Farah da start mabuk laut n dia tido lagi awal. So tido sampai pukul 12. Terkejut sebab semorang jerit-jerit dapat sotong. Then sambung la tido sampai subuh. 

Kay. Subuh langit lawa. Tapi sedih tak dapat capture gambornya.Henset habis bateri. Dapat gaklah aku tengok sunrise. Lawa beb lawa. Tetiba aku rasa hobby aku sekarang travel. Jenjalan.Musafir. Bukan jalan-jalan kosong tapi ada ilmu di setiap langkah kita. 

Tapi perempuan kalau jenjalan sensorang bahaya. Kena ada mahram.Huwarrrggghh T_T. Mass tengah laut tu aku paling suka air laut terpantul dengan cahaya bulan. Bulan pulak penuh. Ya Rabb menggila aku tengah laut tapi muka cool takot overreact. Banyak jugak bot tengah-tengah laut semalam. 

Ada rezeki nak pergi lagi hoh!




Bangun pagi nah terhidang depan mata. Haha. Aku tau membuta jaa. 8 jam kot tidur atas bot. Gilo.



Tuesday 3 March 2015

Pondok Pasir Tumboh Part 2 : Persiapan Muslimat

Assalamualaikum.

Buat adik-adik baru habis SPM or sesiapa yang tengah free macam aku ni berniat nak pergi belajar agama, aku syorkan Pondok Pasir Tumboh,Kelantan Darul Naim. Aku pergi memang sekejap je.Sangat sekejap.Aku muntah 6 kali tak tahulah kenapa dan aku memang tak tahan sebab pukul 2 pagi aku bangun, aku nak g muntah tapi tak sempat, so muntah kat tangga. Haish. So,aku decide nak balik Ganu. Lembik betul la Kak Jie ni.

Nak cakap Pondok ni popular, aku rasa popular lah jugak. First aku sampai, (aku pergi sendiri, naik bas. Satu beg baju, satu lagi beg yang besar yang boleh letak baldi,bantal hanger etc etc etc dah sah rupa dia macam orang lari rumah ! Muahahaha) ok sambung. Masa mula-mula aku sampai tu kan, ada budak ni umur 16 baru masuk sekali dengan aku, aku tanya la. Sebab dia orang jauh tu. Orang Cheras. 

"Cemmana Ain boleh tahu Pondok ni?"

"Kawan ayah yang recommend"

Pastu aku tanya lagi budak-budak pondok yang duk jauh dari Kelantan cam mana boleh tahu pondok ni?

"Internet"
"google"

dan dia tanya aku balik.

"Google jugak" hihihi.

Okay , sesuai dengan tajuk. Aku sebelum datang sini kan, aku banyak gak google pasal Pondok ni macam nak buat persiapan. Tapi tak banyak pon orang blog pasal pondok ni. So, sedikit sebanyak aku nak tolong korang barang apa yang korang mesti bawak.

1. Jubah hitam.
Okay. Yang ni tersangatlah wajib bawa sebab selangkah kaki nak keluar dari madrasah, wajib berjubah hitam. Jubah kalo boleh kosong dan jangan banyak blink blink lah .Bukan nak buat fesyen show tau.

2. Jilbab Hitam.
Yang ni mesti .Aku tak tahu pulak kena pakai jilbab kan.So aku bawak satu je tudung hitam tu pun syria bidang 50. Okay bila dah pakai macam ni, rasa segan yang amat weh. Ada orang tegur aku kenapa pakai tudung macam tu. Sekali dan dua kali pakai tudung macam tu okay lagi. Tapi bila dah rasa malu sebab semorang pakai jilbab terus mintak ngn Kak Ya Jilbab hitam dia. Jilbab ni tudung yang melepasi separuh lengan dan tutup bahagian belakang sampai ke punggung.

3. Stoking 
Yang ni bawak la banyak. Nanti busyuk orang maraaaaa awaaaaa(awak) tau. Dekat pondok ni dibahagikan beberapa kelas. Aku dah lupa aku kelas peralihan apa. Tapi kelas ni kena pakai stoking putih yang tapak dia warna hitam tu. Tau tak ? 

4.Niqab/Purdah
Adik adik tau beza niqab and purdah ? Niqab ni kain yang tutup muka termasuk dahi. Tapi purdah ni cuma tutup separuh muka.Betul ke definisi aku ni?  Okay, adik-adik beli dulu atau nak buat sendiri pun boleh

By the way, kalo adik-adik tak bawak 4 bende kat atas, adik-adik jangan la nangis sambil usung semula beg masuk boot. Jangan sedih kay ? Jangan la. Jauh tu awak datang. Ada berita gumbira, adik boleh beli semua tu dekat kedai runcit Ummi. 

Kedai Ummi ni ada jual semua tu. Tapi maaf tak tahu harga dik. Masa aku sampai tu aku just tau harga purdah and niqab. Aku bukan niqabis . So memang tak da stok purdah and niqab dalam rumah.So nak tak nak memang kena beli sebab kat sana wajib pakai. Harga purdah RM4 and niqab harga RM 15. Korang rasa aku beli niqab ke purdah ? HEEEEEE. aku kan nak jimat. So beli purdah RM4.

Bila balik umah, ma aku nak jemur kain, dia tanya 
"Gapo dio mende hitam ni?
"Purdah ma" heeee

6. Bawak skirt /  kain batik.
Tak kesah la kain jenis pape pon, maxi skirt ke. chiffon ke. kain "nyutnyut" ke. Tapi pastikan kain. Sebab dekat madrasah, korang akan pakai macam biasa. Yang jubah tu pakai bila keluar dari madrasah.Memang tak boleh pakai seluar. Dan kena tegur ngan hadek-hadek madrasah sebab pakai seluar. Dan malang sekali, aku tak bawak kain pon. Terpaksa mintak ngan Kak Ya kain batik dia dan sangat sedih sekali aku lupa nak pulangkan kain batik Kak Ya. Maksudnya di situ, aku kena dan akan pergi lagi ke pondok.InsyaaALLAH.

7. Baju lengan panjang yang sopan.
Jangan ketat ye. NO NO SHORT SLEEVES.

8. Al-Quran tu wajib tau. Korang kan nak belajar agama.

9. Sediakan duit sekurang-kurangnya RM150
Aku bayar yuran RM 58. Lepastu aku bayar duit kitab dalam RM 30 something. (depend buku yang korang kena belajar.Aku pelajar sementara.Buku sikit saja) Barang-barang dapur. Okay FYI, kat pondok kena masak sendiri okay.Jangan ingat ada orang tolong masakkan untuk anda ye. Ada je. Tapi kena share duit la. 

10. Buku nota. 
Bawak la satu dua ke tiga empat lima ke ikut suka hati. Hehehe korang akan ada kuliah selepas tiap kali solat fardhu. Subuh sampailah Isyak. Tak da masa korang nak mengelamun okay. Memang sepenuhnya akhirat.

Boleh pakai fon tak?
Tak boleh.

So,tak leh bawaklah ye?
Boleh

Haipppp?
Bawak, tapi biar AJK kat sana pegang. Atleast kalo korang nak balik sendiri, nak call teksi tu senang.

Aku bawak 2 telefon. Dua-dua kena serahkan.Siap AJK balut cantik-cantik lagi. Ouh, memang lost connection dengan orang luar.Hahaha.

Aku rasa tu aje yang aku boleh kongsi.Maaf kalo ada kekurangan. Apa-apa pertanyaan boleh contact aku kat : dahae_jie96@yahoo.com

Have fun there yaaa guys!


credit : tumblr | sederhanaindah
'

p/s : perasan tak nombor 5 takda? ;p