Tuesday, 3 March 2015

Pondok Pasir Tumboh Part 2 : Persiapan Muslimat

Assalamualaikum.

Buat adik-adik baru habis SPM or sesiapa yang tengah free macam aku ni berniat nak pergi belajar agama, aku syorkan Pondok Pasir Tumboh,Kelantan Darul Naim. Aku pergi memang sekejap je.Sangat sekejap.Aku muntah 6 kali tak tahulah kenapa dan aku memang tak tahan sebab pukul 2 pagi aku bangun, aku nak g muntah tapi tak sempat, so muntah kat tangga. Haish. So,aku decide nak balik Ganu. Lembik betul la Kak Jie ni.

Nak cakap Pondok ni popular, aku rasa popular lah jugak. First aku sampai, (aku pergi sendiri, naik bas. Satu beg baju, satu lagi beg yang besar yang boleh letak baldi,bantal hanger etc etc etc dah sah rupa dia macam orang lari rumah ! Muahahaha) ok sambung. Masa mula-mula aku sampai tu kan, ada budak ni umur 16 baru masuk sekali dengan aku, aku tanya la. Sebab dia orang jauh tu. Orang Cheras. 

"Cemmana Ain boleh tahu Pondok ni?"

"Kawan ayah yang recommend"

Pastu aku tanya lagi budak-budak pondok yang duk jauh dari Kelantan cam mana boleh tahu pondok ni?

"Internet"
"google"

dan dia tanya aku balik.

"Google jugak" hihihi.

Okay , sesuai dengan tajuk. Aku sebelum datang sini kan, aku banyak gak google pasal Pondok ni macam nak buat persiapan. Tapi tak banyak pon orang blog pasal pondok ni. So, sedikit sebanyak aku nak tolong korang barang apa yang korang mesti bawak.

1. Jubah hitam.
Okay. Yang ni tersangatlah wajib bawa sebab selangkah kaki nak keluar dari madrasah, wajib berjubah hitam. Jubah kalo boleh kosong dan jangan banyak blink blink lah .Bukan nak buat fesyen show tau.

2. Jilbab Hitam.
Yang ni mesti .Aku tak tahu pulak kena pakai jilbab kan.So aku bawak satu je tudung hitam tu pun syria bidang 50. Okay bila dah pakai macam ni, rasa segan yang amat weh. Ada orang tegur aku kenapa pakai tudung macam tu. Sekali dan dua kali pakai tudung macam tu okay lagi. Tapi bila dah rasa malu sebab semorang pakai jilbab terus mintak ngn Kak Ya Jilbab hitam dia. Jilbab ni tudung yang melepasi separuh lengan dan tutup bahagian belakang sampai ke punggung.

3. Stoking 
Yang ni bawak la banyak. Nanti busyuk orang maraaaaa awaaaaa(awak) tau. Dekat pondok ni dibahagikan beberapa kelas. Aku dah lupa aku kelas peralihan apa. Tapi kelas ni kena pakai stoking putih yang tapak dia warna hitam tu. Tau tak ? 

4.Niqab/Purdah
Adik adik tau beza niqab and purdah ? Niqab ni kain yang tutup muka termasuk dahi. Tapi purdah ni cuma tutup separuh muka.Betul ke definisi aku ni?  Okay, adik-adik beli dulu atau nak buat sendiri pun boleh

By the way, kalo adik-adik tak bawak 4 bende kat atas, adik-adik jangan la nangis sambil usung semula beg masuk boot. Jangan sedih kay ? Jangan la. Jauh tu awak datang. Ada berita gumbira, adik boleh beli semua tu dekat kedai runcit Ummi. 

Kedai Ummi ni ada jual semua tu. Tapi maaf tak tahu harga dik. Masa aku sampai tu aku just tau harga purdah and niqab. Aku bukan niqabis . So memang tak da stok purdah and niqab dalam rumah.So nak tak nak memang kena beli sebab kat sana wajib pakai. Harga purdah RM4 and niqab harga RM 15. Korang rasa aku beli niqab ke purdah ? HEEEEEE. aku kan nak jimat. So beli purdah RM4.

Bila balik umah, ma aku nak jemur kain, dia tanya 
"Gapo dio mende hitam ni?
"Purdah ma" heeee

6. Bawak skirt /  kain batik.
Tak kesah la kain jenis pape pon, maxi skirt ke. chiffon ke. kain "nyutnyut" ke. Tapi pastikan kain. Sebab dekat madrasah, korang akan pakai macam biasa. Yang jubah tu pakai bila keluar dari madrasah.Memang tak boleh pakai seluar. Dan kena tegur ngan hadek-hadek madrasah sebab pakai seluar. Dan malang sekali, aku tak bawak kain pon. Terpaksa mintak ngan Kak Ya kain batik dia dan sangat sedih sekali aku lupa nak pulangkan kain batik Kak Ya. Maksudnya di situ, aku kena dan akan pergi lagi ke pondok.InsyaaALLAH.

7. Baju lengan panjang yang sopan.
Jangan ketat ye. NO NO SHORT SLEEVES.

8. Al-Quran tu wajib tau. Korang kan nak belajar agama.

9. Sediakan duit sekurang-kurangnya RM150
Aku bayar yuran RM 58. Lepastu aku bayar duit kitab dalam RM 30 something. (depend buku yang korang kena belajar.Aku pelajar sementara.Buku sikit saja) Barang-barang dapur. Okay FYI, kat pondok kena masak sendiri okay.Jangan ingat ada orang tolong masakkan untuk anda ye. Ada je. Tapi kena share duit la. 

10. Buku nota. 
Bawak la satu dua ke tiga empat lima ke ikut suka hati. Hehehe korang akan ada kuliah selepas tiap kali solat fardhu. Subuh sampailah Isyak. Tak da masa korang nak mengelamun okay. Memang sepenuhnya akhirat.

Boleh pakai fon tak?
Tak boleh.

So,tak leh bawaklah ye?
Boleh

Haipppp?
Bawak, tapi biar AJK kat sana pegang. Atleast kalo korang nak balik sendiri, nak call teksi tu senang.

Aku bawak 2 telefon. Dua-dua kena serahkan.Siap AJK balut cantik-cantik lagi. Ouh, memang lost connection dengan orang luar.Hahaha.

Aku rasa tu aje yang aku boleh kongsi.Maaf kalo ada kekurangan. Apa-apa pertanyaan boleh contact aku kat : dahae_jie96@yahoo.com

Have fun there yaaa guys!


credit : tumblr | sederhanaindah
'

p/s : perasan tak nombor 5 takda? ;p