Salam Alaik. Sollu Alan Nabiy. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Waala Ali Muhammad
Masa depan kita tak pernah nampak. Betul? Sebagai hambaNya setiap dari kita hanya mampu untuk merancang.
Bagi aku, teruslah merancang dan berangan lalu gerakkan langkah. Berangan bukan satu kesalahan. Duduk sesaja dan berangan tu salah. Jangan pernah berhenti untuk me'realiti'kan sebuah angan. Jika dirasa baik, teruskan.
Maybe perjalanan ini menuntut pengorbanan. Baik fizikal mental mahupun kadang-kadang mampu menggoyahkan iman. Selagi mana jalanNya 'inginku menuju Rabb', insyaaAllah Allah permudah. Polish sentiasa niat kita. Reset sentiasa apa tujuan kita. Kembali kepada kata putus yang dulu kita bina.
Contoh: Aku niatkan pekerjaan ini kerana Allah dan membantu ibu bapaku.
Selagi mana kita teguh dan berpatah balik memori tentang niat yang satu-satunya ini. Jangan pernah membenarkan hati mencurangi niat dengan 1001 cabang niat yang lain.Cukup satu.Kita setia. Tetaplah teguh dengan apa yang dirancang dan diangan.
Ya. Tuhan menentukan. Acapkali dengar bukan? Tapi jangan pernah menyerahkan takdir tanpa sedikit usaha dan kecekalan. Percayalah dengan semua ini berlaku dengan hikmah. Ya belum nampak. Tapi insyaaAllah akan nampak.
Berprasangka baik dengan aturanNya. Ingat! Allah mengikuti sangkaan hambaNya. Jangan cuba memburuk-buruk diri sendiri dan perancangan Allah. Be postive dear.
insyaaAllah hari ni bermula episod terbaru hijrahku. Bantulah hambaMu ini ya Allah.
p/s: Apa yang ditulis di sini hanya untuk diri sendiri dan teman-teman.Andai ada langkah silap diatur, aku akan kembali ke sini.