Friday, 12 August 2016

Haipp takkan nak berundur sebelum berjuang?

Assalamualaikum.

"Ting..ting.."

Masa isyak tadi, chat FB aku pop-up.Aku bukak. Chat Nurul Husna Bte Chik. Dia hantar gambar satu. Kabur. Tak sure aku yang rabun ke cam ne? Kalau rabun boleh la pakai spek cam Syikin ye dak? Syikin tu member klinik.

"No 3 tu seram"

Aku balas, "tak nampak.English ke?"

----------
Husna, maksud nama dia baik. Memang sahabat baik since bila aku pun tak pasti. Tahu-tahu dah rapat. Tahu-tahu dah kena hujan sesama, satu dorm masa tournament bola tampar, makan soto sesama kat rumah Cikgu Faridah, tahu-tahu pernah tido satu khemah dekat Pulau Kapas, snorkelling sesama.

Tahu-tahu, satu team pengawas, tahu-tahu dia ni gila microphone (upssss) tahu-tahu suka sangat lepak masuk lam kelas masa form 5, tahu-tahu dia ada kat tepi masa PMR, siap suruh tiru lagi paper Sejarah.Kantoi ! Ahahaha.

Tahu-tahu yang tak lama lagi, dia ni sahabat dunia akhirat da nak bawak diri jauh ke Selangor. Eleh ngada je! Bukan jauh sangat. Cuma, sapa lagi nak tolong bawak Jie pergi KFC, MarryBrown?

Sapa lagi nak ajak Jie gemukkan badan? Tolong jadi fotografer tepi ladang lembu? Siapa lagi? Jie rindulah kat driver moto sorang ni. Siapa lagi Jie nak bebelkan. Awak je yang tahan telinga kalau Jie marah awak kalau takboh makan ubat!

eeeeeeeee.Degil!

Budak ni budak kuat semangat dan azam dia. Aku sangat kagum.Kalau korang nak tahu, dia suka bawak beg berat. Buat nota sejarah panjang-panjang.MasyaaAllah aku sendiri tak larat nak bawak. Punyaaa kuat iltizam nak belajar.

Rajin.

Tu aku kagum.Kadang aku nampak usaha dia melebihi usaha aku, aku tak pernah failed cakap dalam hati " Pasti ada kejayaan untuk awak Husna, Allah tangguhkan dulu." Aku memang yakin Husna akan capai apa dia nak. Cuma dia perlu bersabar. Dan dia sangat bersabar.

"Jie,Alhamdulillah saya dapat UKM"

UKM, universiti 5 terbaik Malaysia. Aku punya terharu Allah je tahu. Aku takleh nak gambarkan macam mama aku punya excited macam aku yang dapat masuk. Ni lah orang cakap cinta yang sebenarkan? Kau pe tahu. Haaa. Gembira atas kegembiraan orang lain tu kebahagiaan.Itulah sayang sebenarnya.

Gambar yang Husna hantar kat aku tadi tu gambar subjek-subjek yang dia kena belajar sepanjang sem 1 kat UKM. Aku tak nampak subjek-subjek tu, tapi aku boleh teka, tentu subjek English! Eh aku kawan baik dia kot. Takkan tak tahu member sendiri takut dengan apa selain takut ngan lembu kan? Okay .Riak la pulak.

Aku malas nak pujuk dia mula-mula.Dia dah nak start buat bad thinking.Nak marah kang tak sampai hati anak orang. Aku bagi satu ayat je. Padu tak padu aku tak tahu

"Haipp takkan nak berundur sebelum berjuang?"

Aku nak tengok je dia balas apa.

"Takkan berundur"

-----------------

Fear. Ketakutan. Dalam cerita Lights Out, Martin ada cakap

"The strongest things we can do is facing the fears"

Atasi rasa takut, atasi rasa gementar. Sebab aku dulu tak pandai nak kawal benda cam ni lah aku quit banyak tempat belajar. Sebab aku tak boleh nak hadap rasa takut. Takut dengan bayang-bayang sendiri. Takut untuk berdiri atas kaki sendiri.Takut takda orang tolong.Padahal Husna, Allah tu sebaik-sebaik Penolong.

Saja je Jie guna reverse psychology, nak tengok awak cam ne.Tapi Jie yakin, you can overcome all your fears in UKM soon.Just dont overthinking sangat okay? Awak kuat . Jie kenal awak sekolah rendah sampai awak form 6, usaha awak banyak. Terlalu kuat berusaha.

Awak nangis
awak sedih
awak frust
awak down

awak tak pernah lupa Tuhan awak,Tuhan kita semua

ALLAH S.W.T.

Masa tu jie jauh, whatsApp je penghubung kita, Jie dok dapat nak pegang awak,peluk awak kuat-kuat(walaupun awak geli peluk-peluk cium-cium ni) and bagi semangat yang awak ni Allah akan bagi hadiah yang paling manis yang awak tak pernah rasa.

Awak, Husna.
Jangan lupa saya. Takpe kita tak contact sokmo-sokmo pun kan, janji awak sentiasa doakan sesama. Nanti awak student, saya paham awak busy. Tapi sekali sekala saya whatsApp bagi gambar saya, pujilah cantik hahahahahahaha Student UKM bohhhh pah ni.

Dah, jangan nangis jangan terharu dengan penulisan saya ni. Saya kembali menulis ni sebab awak tau.Nanti rindu-rindu, jenguk la ke sini. Ingat, be strong. Tak paham pape, tanya lecturer okay. Buat baik ngan semua. Tapi pandai-pandai pilih kawan tu. Jangan mudah percayakan orang ye.

InsyaaAllah Husna gonna be fine there in Bangi!

With love cinta kasih sayang,
NUR NAJIHAH BINTI ABDUL MALEK
Ceo Persatuan Hati-Hati Jiwang