Saturday, 24 January 2015

Review 2014

Assalamualaikum

Syok jugak malam-malam ni layan IKIM.FM sambil dengar lagu-lagu best. Wokeyh, rasanya saya belum terlambat untuk throwback apa yang telah terjadi pada tahun 2014. Belum terlambat wokeyh.

What you have learn in 2014? Alooooooooooooooooooooooooooooooooooot. Nampak tak keeksaitedan di situ ye kawan-kawan. Ek eleh. Eksaited pe bende weh? Ada la ada la.. *lari-lari tutup muka* Ko pehal Jihah ? Monolog sendiri. Monolog Perindu ni.Dah pehal pulak keluar jiwang ni beb. Dah-dah aku serabut dah ni.

Aku list tau. List random random je yang terlintas di kepala otak sereblum serelepas.(cerita di bawah ni hanya mengandungi detik-detik ketika 2014 sahaja)

1. No more JIE, its JIHAH.

Hah, yang ni best. 2014 ni jarang je dengar orang panggil Jie. Wei nama hot kot tu zaman sekolah. pui. Kahkahkah. Aku suka membahasakan diri aku dulu dengan Jie. Memang nama tu dari sekolah rendah. Budak-budak panggil Kak Jie. Satu kerabat keturunan Tok Majid pun panggil Adik Jie. Masuk matrik. Minggu Orientasi.

"Nama saya Nur Najihah Binti Abdul Malek. Boleh panggil Jihah"

Bila Fatin dan Yusri panggil aku Jie, aku hemosi tak tentu pasal. Ko pesal wei ? Hormon berubah ke masa kat matrik. Entah, bila kat matrik, rasa nyampah orang panggil nama pendek tu. Kenkadang duk WhatsApp tetiba dah pening nak berbahasakan diri ni apa. Mula-mula bahasakan Jihah, pastu tetiba teringat, dengan budak KMPP je Jihah.Terus tukar bahasakan Jie pulak. Maafkan. Awak tahu bukan saya seorang remaja yang sedang kecelaruan identiti? kohkohkohkoh


2. Usrah.

My first usrah was in surau. Masa tu usrah kecilan dengan cikgu-cikgu. Okay, aku group dengan roomate aku Dayah, Fatinah dan Nad. Yang lead usrah masa tu cikgu Athirah. Lecturer kimia paling berhati lembut. Sangat lembut. Aku tak tahu lah nak cakap macam mana gaya dia. Then, usrah ni berkembang ke group-group antara kawan-kawan pulak yang join Brotherhood. Group kami ni ada 9 orang. mostly dari praktikum aku sendiri. Kami gelarkan group kami ni Usrah Sedozen. Kalau orang tengok nama group semestinya ingat ahli dia 12 orang. Tak delah. Kami group ke 12 dalam Kleab Brotherhood. Tu ja.

3. Penang

Penang ni tersebutlah kisah aku blah dari matrik dengan kaki sangat berat. Terseret-seret kaki aku atas jalan tar sampai luka-luka. KOHkohKOH .. over je kan .Tak lah.Maksudnya, hati tu berat. Sayang kot. Sapa tak sayang. Duk tengok roomate main petanque, tetiba nampak ada beberapa manusia terbang kat atas. Free je. Soronok pulak. Dorang guna payung terjun :) HAAAA. mana nak beli pengalaman comel je macam tu. Pastu kan rentas desa. Kali ni rentas desa tepi tali air sambil elak-elak tahik lembu. Cuma padi je tak de yang dah tuai. Lari lari. Semput. Zaman sekolah mana aku suka berlari. Selalu buat alasan nak jadi PBSM. Pastu dapat markah KOKO 8/10. Adil ke? aku tak aktif,. Masuk kawad pun kena buang sebab silap satu step. >__<


4. Negeri sembilan.

Yang ni malas pulak aku nak cerita.


5. Zaman duk beli bawal

Okay adik adik. Ni bukan pasai nak jual ikan bawal keli tilapia dan ikan-ikan lain ye. Fatiha, Mimi peminat setia tudung bawal 60 plain. So, kalau ada jualan dekat belakang bangunan pentadbiran, dia dan mimi suka beli kat sana. Aku just tengok. Biasanya beli tudung tu dekat Ummi. Ummi ni dia datang bilik ke bilik nak jual tudung. Mak aku selalu pesan, kalau ada orang datang jual apa-apa je, beli satu. Kita tolong bisnes sesama islam. Sebab arwah nenek aku belah Abah pernah kerja macam tu. Penat tu ALLAH ja tahu.

6. Aku dah mula belajar rasa rindu dekat kawan-kawan

Biasanya, aku akan rindu dekat kawan-kawan sekolah kalau cuti sekolah en. Tapi rasa rindu tak da lah kuat sangat, Jujur sangat statement aku ni. sebab aku tahu aku akan jumpa jugak dorang bila bukak sekolah dan boleh terjah sesuka hati rumah dorang kalau bosan kan.Yelah. Rumah dekat-dekat ja. Tapi ni rindu dekat kawan-kawan KMPP ni dia berbeza. Chemistry kuat dan nak jumpa dorang ni akan jadi susah sebab masing-masing duk kat negeri yang berbeza.Takkan lah tiap kali rindu, aku nak tempah tiket bas dan pergi rumah dorang. Contoh, Fatiha duduk dekat Johor. So, hari ni rindu, beli tiket terus ke Johor dan tetiba pulak rindu Faaiqa, Faaiqa pulak duduk Perak. So, beli tiket lagi. Ko ingat aku banyak duit ke apa?? So, sekarang ni just berbalas-balas WhatsApp cenggitu je lah.

7. Dah belajar stalk orang senyap-senyap sampai bawak dalam mimpi

Stalk ni memang kerja aku dari form berapa tah. Ni aku ada stalk seseorang, sampai aku tahu satu kaum kerabat dia. Best gila. Pastu aku rasa macam aku ni apesal ? Insaflah. So, sape-sape dia perasan aku tulis ni diri dia, mohonlah rasa insecured tahap 22. Sebab kalau ko menipu aku, aku lebih tahu. Tahu ?

8. Orang bagi duit tanpa aku minta

Bagilah lagi.

9. Raya paling suram dan muram

Entah lah.Patutnya happy la kan dah dapat puasa 30 hari( ehem betol ke) dan mampu menahan lapar dan dahaga = puasa ulang ulang ulang ayat sama nak bagi panjang.. Tapi raya tahun lepas dia tak happy. Astaghfirullah. Sebab dia ada exam UPS dekat matrik. Dia balik matrik, pastu nangis-nangis sebab bukan rindu. Tapi tahun lepas tok tak buat ketupat segi tiga tu. Ketupat apa orang panggil eh? Aku tak tahu. Aku tahu makan je. 18 TAHUN AKU HIDUP, TAHUN NI TOK TAK BUAT KETUPAT TU. tERPAKSA AKU HADAP MAKAN KETUPAT TU KAT UMAH ORANG LAIN. Looo kenapa tulisan ni tetiba pulak besaq ni.malas pulak aku nak delete. Sebab tu aku nangis dalam bas. (tipu)

10. Puasa dekat perantauan

Dulu kalau dengar perkataan perantauan,, yang terbayang dalam kepala aku ni satu je.OVERSEA dan salji. Nampak tak noob ? Hah, da duk jauh. jauh ke? barulah aku rasa nikmat berbuka dan bersahur bersama-sama family ni sangat syok. Tahun 2014, aku berbuka dan sahur tengok muka-muka roomate yang pagi buta muka ngantuk, dah nak dekat maghrib, hambooi senyum meleret tambah pulak hari tu berbuka dengan Piza.Semua duk kerumun. Ibarat semut kerumun gula. Tapi yang best tu, jimat duit sebulan.

11. Nicos.

Nicos ni buatan Malaysia dan sejanis gula-gula. Serius , supportlah buatan Malaysia. Aku suka benar makan cekelat ni setelah disahkan oleh "doktor" aku kena pergi therapy Fizik sebab tak capai result yang baik.Alah , cakap jelah fail. HAHAHA. Serius cekelat ni best.Tak sengal gigi. Tak macam Mentos. Maaf mentos, aku kena jujur. Dah la mahal. Nicos ni seringgit je



12. Aku dah tak hu-ha!

Korang ingat tak zaman aku sekolah dulu macam mana? Aku kejar Osman sebab datang lambat, aku banyak bebel , banyak bising. Dekat matrik , sikap tu dah kikis sikit-skit sikit sikit. Sopan gilasssss. Hipokrasi melanda. Aku malu kalau nak cakap lebih senaaaaanya. Korang tahu kan aku ni seorang pemalu? boooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo
 hahahahaahah


Ni jelah aku ingat sepanjang 2014 :) Aku rasa aku stop sampai sini jaaa dulu. For those peeps, yang suka cari tau pasal life aku (aku tau ada yang suka stalk aku jugak) aku minta maaf, aku mintak korang bersyukur dengan life korang sekarang ni. Jangan cakap bertuah jadi seperti aku. Belajarlah bersyukur. Setiap hidup ni kita jalani berasing-asing. Situasi yang berbeza, yang sama tu cuma perasaan jaa. Cinta, suka,sedih marah. Kita sama hal-hal berkaitan ni. Tapi untuk situasi, kita tak sama walaupun serupa pada mata kasar. Tolong jadi diri sendiri dan syukur.

Assalamualaikum.