Sedangkan aku pendosa tanpa noktah
Mengapa Engkau masih memberi,
Sedang aku ingkar.
Mengapa masih lagi memberi peluang,
walau aku masih gagal memanfaatnya.
Mengapa terus bagi aku rasa bahagia,
Sedang hati ini kadang-kadang
lalai daripada mengingati Mu
Mengapa bagi aku celik,
Sedangkan aku gagal mencelikkan
hati ini mencari Nur Mu
Mengapa bagi aku kekuatan,
disaat diri ini hanya menemuiMu
tika lemah sahaja
Mengapa bagi aku nyawa,
Sedangkan diri ini masih gagal
memanfaatkan tujuan
penciptaan aku di bumi ini
Mengapa?
Aku sentiasa mempersoalkan.
Jawapan telah kutemui.
Engkau Allah Yang Maha Baik.
Aku manusia lemah,
Hati alpa
Jiwa ampuh
Hati rapuh
Andai jalan ke Syurga lurus, pasti senang untuk ke sana.
Tapi Allah ciptakan kehidupan penuh ranjau dan duri.
Jalan yang berliku-liku,
jalan penuh lopak,lecak dan lumpur
Dia ciptakan juga NERAKA.
Bukan untuk sia-sia.
Hanya orang yang beriman, sabar dan berusaha mengatasi jalan itu sahaja
yang berjaya ke Syurga.
Yang lemah tanpa pautan pada Allah,
Neraka.
Sang Pengadu Lemah,
-NNAM