Wednesday, 13 February 2013

Sahabat

Assalamualaikum

Alhamdulillah. syukur kepada Allah, aku masih diberi peluang untuk terus bernafas. Cerdik pandai kata, apabila Allah bagi kita peluang untuk terus hidup, bermakna, Dia membuka peluang kepada hamba-Nya untuk terus bertaubat. Baik kan Allah Yang Satu ? Jika ditanya pada diri sendiri, "adakah dosa-dosa aku yang terdahulu telah terampun, adalah aku ni layak untuk ke syurga-Nya? Adakah aku ni sentiasa muhasabah di mana kekurangan diri ini?" Sama-sama kita renungan. 

Alhamdulillah juga sepanjang perjalanan hidup ini, aku ditemukan dengan pelbagai orang. Pelbagai jenis ragam. Tapi, yang paling istimewa, aku ditemui dengan tiga orang rakan aku yang sentiasa ada di sisi. Orang itu adalah, jeng jeng jeng, Husna, Syafiqah dan Asmat. Diorang ni lah sahabat yang paling rapat di sekolah. Boleh dikatakan hampir setiap masa kami berkepit. In syaa ALLAH ukhwah ini terbina dengan berkat Ilahi. (Aku rasa macam skema je ayat aku. K, peduli apa).

Kami empat sekawan tak banyak mempunyai persamaan. Masing-masing lain je perangai. Kalo nak kata semua sama, memang lah tak syok kan ? Kadang-kadang perbezaan itu sendiri dapat mengeratkan lagi hubungan kami ni. wiwiwiwiwiwi. Kesempurnaan daam perhubungan jauh sekali diharapkan. Sebab, aku tahu, tak da sapa yang sempurna, tapi melalui perbezaan yang ada inilah, dapat menampung segala kekurangan. Kalo dulu aku fikir kawan ni sebenarnya untuk suka-suka, tapi bila dah besar sikit ni, aku mula fikir, yang mempunyai sahabat/kawan adalah lebih daripada untuk suka-suka.

We share opinions. Sebab dalam kita bergembira, ada masanya aku dan kawan-kawan ni boleh jadi serius. Memberi pendapat masing-masing, selesai masalah sama-sama. Itu yang aku nampak sejak aku membesar sedikit. Wawawawa sedikit je tau :* . Tapi muka Syafiqah kalau time serius memang wooww lah! Masa duk borak-borak tepi pantai masa kat D'Teratai Beach Resort,kitaorang ada keluar topik. AND AKU TENGOK SYAFIQAH WAS REALLY SERIOUS SHARING HER THOUGHT

Apa yang aku nampak,kawan-kawan aku ni memang kalo time serius, dia akan share pape je problems, pandangan dengan sungguh serius sampai aku tak sampai hati nak main-main. Nak -nak Asmat time dia serius, sampai aku sekali terikut serius. Tak main-main dengan Asmat sebab dia yang paling garang among us. kekekekeke. (Asmat,jangan marah ye) Kitaorang serius kejap je, tetiba je boleh bertukar lawak/kelakar. Ini dapat dibuktikan ketika kami makan-makan di kantin sekolah pada suatu pagi yang hening (skema kan?). Mula-mula cakap gila-gila, gelak-gelak, bila sorang je buat keluar topik serius, tetiba SEMUA jadi serius. Pastu, abih topik serius tu masing -masing buat kelakar balik

Husna gelak: 

Awak perasan tak tadi kita cakap bese-bese je, tetiba jadi serius, pastu kelakar balik.HAHAHAHAHA- Husna.

Yes. Kawan aku transformer !

Satu benda yang interesting bagi aku apabila dengan tidak sengaja,kami ni berfikiran sama. Macam kalo tetiba je tengah cakap, aku dan Asmat akan terkeluar perkataan sama dan serentak! Macam tu la kot. Tak reti ambe nak terangkan.

Kali kedua yang interesting lagi, cikgu suruh siapkan karangan kat rumah. Aku pun gunalah peribahasa/ frasa menarik CENGKAMAN KUKU HITAM. Next few days, Syafiqah text aku,tanya ada tak istilah cengkaman kuku hitam? What? aku pun guna perkataan yang sama. Cam ne dia boleh tahu ??? So, inilah lukisan alam. (Ada kaitan tak ?). Hari tu sekali lagi, cikgu BM kitaorang ada buat test, aku ada selitkan lirik lagu Sahabat-Najwa Latif dalam karangan tu, Tetiba aku tengoklah Syafiqah buat karangan dan satu petikan lagu tu, dia pun selitkan lagu Sahabat juga. Aku macam "WHAAAAAAAAAATTTTTTTTT??" 

Masa tahlil kat rumah Asmat, aku dan Husna memakai baju yang berwarna sama. Purple. Tak berpakat okay. Semua ini berlaku secara kebetulan. Eh, by the way, kami memang pakai baju sama kat sekolah.Biru.Tak berpakat pun. Sebab kami pengawas.HAHAAH. Okay tak lawak pun. Kesian kau. Whatever it is, they are my soulmates. Walaupun kadang-kadang banyak yang tak sama, tapi Allah dah tentukan kami ini adalah serupa :) 

Bukan aku nak riak/takbur yang aku punya kawan.Bukan juga nak menunjuk aku punya sahabat baik. Tapi sebagai perkongsian kepada semua yang sebenarnya Allah sudah berikan kita orang yang baik dan adalah amanah untuk kita memelihara hubungan yang suci ini. Hubungan atas redha dan barakah-Nya. In syaa ALLAH. till Jannah.


They are awesome and handsome.Ihiks

Haa tengok gambar kat atas tu, kami tak berpakat pun pakai tudung bawal :)